CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'BN Tak Peduli Keselamatan Rakyat? Kenyataan Saya Sanggup Redah Banjir Dimanipulasikan' – Zahid

22-9-2022 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 637| Komen: 8

Description: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ucapannya bahawa Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan ...
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ucapannya bahawa Barisan Nasional (BN)  sanggup meredah banjir untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) pada 17 September telah dimanipulasi.


Pengerusi BN itu berkata, ucapannya hanya mahu memperlihatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa BN telah bersedia pada bila-bila masa, walau apa jua keadaan dan situasi untuk menghadapi PRU-15.

Presiden UMNO itu berkata, ucapannya jelas memberi gambaran bahawa jentera BN sanggup meredah segala bentuk cabaran yang akan dihadapi ketika PRU-15.


IG Zahid


Bagaimanapun, beliau menegaskan ucapan tersebut dijadikan bahan propaganda oleh parti lawan kononnya BN tidak mempedulikan nasib rakyat.

“Ucapan ini jelas untuk memberi gambaran kepada PM betapa jentera BN telah pun bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa walau apa jua keadaan dan situasi.

“Ucapan itu juga jelas bagi memberi gambaran kepada PM bahawa jentera BN sanggup meredah segala cabaran demi memastikan kemenangan pada PRU-15 milik BN.

“Bagaimanapun ucapan bagi menyatakan semangat serta kesiapsiagaan jentera BN itu dimanipulasi dan dipropagandakan konon BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan BN telah lama meminta supaya PRU-15 diadakan terutama selepas imuniti kelompok dicapai bagi mengembalikan kestabilan di negara ini.

BN menuntut mandat diserahkan semula kepada rakyat untuk membolehkan masyarakat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan sehaluan dalam mendepani pasca pendemik.

Bagaimanapun menurut Ahmad Zahid, parti lawan telah membantah dan memberi pelbagai alasan kerana tahu mereka sedang berada dalam kedudukan ditolak rakyat.

“Bermula dengan alasan negara masih di peringkat pandemik dan seterusnya menggunakan alasan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan apabila memasuki fasa ke endemik.

“Kini mereka menggunakan pula alasan `banjir’ sedangkan bekas PM mereka pernah mengadakan PRU pada November 1999.

“Rumusannya mudah sahaja. Berdasarkan ucapan saya BN telah bersedia menghadapi PRU-15 pada bila-bila masa dan dalam keadaan apa sekali pun,” kata Ahmad Zahid.


IG Zahid

Sementara itu beliau berkata, parti lawan tidak sewajarnya menggunakan alasan banjir untuk menghalang PRU-15 daripada berlangsung tahun ini.

Ahmad Zahid berkata, jika benar mereka tidak takut berhadapan dengan BN mereka perlu mendesak supaya PRU-15 dilakukan sekarang.

“Namun, jika benar lawan BN khuatir PRU-15 diadakan semasa `banjir’, bukannya alasan terbaru demi menyelamatkan politik mereka maka kita adakan PRU-15 sekarang.

“Sudah masa untuk mereka ‘walk the talk‘ dan `tekanlah butang’ supaya SPR boleh tetapkan tarikh terhampir untuk rakyat memilih sebuah kerajaan baharu yang stabil dan lebih kukuh.

“Rakyat tidak pernah lupa dan mudah tertipu lagi dengan kisah yang telah dipertontonkan oleh kerajaan 22 bulan,” kata Ahmad Zahid.

Beliau menegaskan BN percaya kepada kemampuan dan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjayakan PRU-15 dalam sebarang situasi.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 22-9-2022 01:17 PM
Bile nk pindah kajang die nie
Mase kene pg mahkamah sakit manjang smpi kene dok hospital
Sakit itu sakit ini

Ehh berkempen elok sehat tuhan bg
Alhamdullilah
Quote AbukRokok 22-9-2022 01:41 PM
musim banjir dijangka bermula akhir disember sampai februari

ini bukan tahun 90an lagi banjir start bulan oktober november
Quote CiliPadiSedap 22-9-2022 02:32 PM
najib sunyi tu pergilah pindah sebelah dia
Quote Perawankota 22-9-2022 02:47 PM
Ermm.. Semua sama jer, masing2 ada motif utk naik..

Bak kata kawan aku, Kalau Umno tak der kat Malaysia, semua rakyat Malaysia kaya raya sebab banyak hasil bumi..
Quote MissVixen 22-9-2022 02:50 PM
Lambatnya dia nak masuk penjara
Quote Belibis 22-9-2022 08:45 PM
CiliPadiSedap: najib sunyi tu pergilah pindah ...

Ada ler jugak teman lawan dam aji.
Quote dani-rox 22-9-2022 09:55 PM
balik kpg asal ko lah, bertanding jd ketua kabupaten pororgoro
Quote alesandra 22-9-2022 11:00 PM
ni haaa video dari harian metro bukannya mkini.ribut p[un sanggup katanya.manipulasi apa celaka????

[youtube]X8QG_j3NTYY[/youtube]

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-9-2022 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.077638 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top