CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Budak 12 Tahun Mati Dibakar Bapa Kerana Tak Bersungguh Siapkan Kerja Sekolah

22-9-2022 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 835| Komen: 9

Description: Kanak-kanak berusia 12 tahun mati dibakar hidup-hidup oleh bapanya hanya kerana tidak bersungguh-sungguh semasa menyiapkan kerja sekolah.Daily Mail melaporkan, Shaheer Khan, mengalami kesan melecur se ...
Kanak-kanak berusia 12 tahun mati dibakar hidup-hidup oleh bapanya hanya kerana tidak bersungguh-sungguh semasa menyiapkan kerja sekolah.

Daily Mail melaporkan, Shaheer Khan, mengalami kesan melecur serius dalam kejadian yang berlaku pada 14 September lalu di Pekan Orangi.

Shaheer dikejarkan ke hospital sejurus selepas insiden itu, namun disahkan meninggal dunia dua hari selepas menerima rawatan.


Foto: Geo News Urdu

Bapanya, Nazir dilaporkan menyimbah minyak tanah ke atas mangsa dan menyalakan mancis dalam usaha untuk menakutkan budak lelaki itu supaya menyiapkan kerja rumahnya.


Namun, perbuatan itu bertukar tragedi apabila nyalaan api menyambar minyak pada badan Shaheer lantas membakar kanak-kanak itu.

Mendengar jeritan anak lelakinya, ibu mangsa, Shazia meluru masuk ke dalam bilik di mana kedua-dua ibu bapanya melemparkan selimut dan pakaian ke arah mangsa dalam usaha terdesak untuk memadamkan api. Namun, usaha mereka tidak mencukupi untuk menyelamatkannya.

Shazia membuat laporan polis mengenai perbuatan suaminya dua hari selepas kematian anaknya.

Polis menahan Nazir keesokan harinya dan dia akan kekal dalam tahanan sehingga perbicaraan mahkamah pada 24 September ini.


Shazia - Foto: Geo News Urdu

Pegawai polis tempatan, Salim Khan berkata, Nazir menjadi berang apabila Shaheer berkeras mahu keluar bermain layang-layang.

Dia mengarahkan anaknya menjawab beberapa siri soalan mengenai kerja sekolahnya, namun kanak-kanak itu memberi jawapan yang tidak memuaskan.

“Suspek memberitahu polis dia menyiram minyak tanah ke atas kanak-kanak itu dan menyalakan mancis dengan niat untuk menakut-nakutkan mangsa,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 22-9-2022 05:03 PM
Api takdenya nak menyambar minyak tanah..lain ler ko cucuh api kat baju budak tu..bapak ke neraka..
Quote whimsicalmusic 22-9-2022 06:55 PM
Trus aku baca berita ni dpn anak aku yg tgh merengek nk buat kerja sekolah..diam terus hahaha
Quote shernazz 22-9-2022 09:05 PM
Mak.aih..gila.lah
Mmg.la.budak.laki.peel.gitu.le..tp.bakor anak bukan.penyelesaiannya
Hanat sumggoh bapak ni...
Quote Carcosa 22-9-2022 09:13 PM
Bodoh punya bapak. Harus kesal selama nya.
Nak acah2 takutkan, dah mati budak tu.
Kesian mak nya
Quote Tinot7 22-9-2022 09:21 PM
dah le budak comey... apaknya apa masalah kalau dia nak pi main layang2 kot ye punnn..
Quote Perawankota 23-9-2022 02:12 AM
Mental ke bapaknya? Anak sikit punya hensem
Quote black_handbag 23-9-2022 10:04 AM
alasan jelah tu kan konon nak menakutkn mangsa. klu nak takutkan kenapa simbah budak tu dgn minyak tanah. simbah dgn air pon dah ok. bahaya ko main minyak2 ni. ko mmg sbnrnya nak bunuh kan
Quote Shayang 23-9-2022 10:10 AM
Mak dia selamba buat report, bagusla jgn subahat lgpun bukan ko yg bako anak tu.
Biasanya mak2 ni dia lebih sayangkan anak berbanding suami so selayaknya la sapa suh ko bako anak dia, biar la budak tu nak men lelayang je kot.
Quote takayama 23-9-2022 10:14 AM
alasan nk menakut2kan dgn simbah minyak lps tu acah2 psg manis dah knp syaiton
jns akal sejengkal xmemsl anak terbunuh
bgslah kat emaknya yg buat report against laki dia

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-9-2022 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.077841 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top