CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Dah Dua Tahun Bela Biawak Hidup- Suami OKU Boleh Mengurut Tapi Malas, Siap Buat Hutang!

24-11-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1395| Komen: 14

Description: Atas nama cinta dan rasa bertanggungjawab, seorang ibu tunggal akhirnya mengambil keputusan untuk berkongsi hidup dengan lelaki istimewa.
Atas nama cinta dan rasa bertanggungjawab, seorang ibu tunggal akhirnya mengambil keputusan untuk berkongsi hidup dengan lelaki istimewa.

Namun kisah bahagia mereka hanya seketika apabila mahligai dibina bersama lelaki orang kelainan upaya (OKU) itu mula mendatangkan masalah dek kerana sikap si suami yang dikatakan pemalas.

Jelas wanita ini, tidak cukup dengan sikap suaminya yang ‘liat’ mencari rezeki ini, malah menyusahkan wanita ini dengan bebanan hutang.


Gambar Hiasan

“Saya single mother ada anak seorang berkahwin dengan lelaki bujang OKU penglihatan.

“Masa awal berkahwin diuji PKP (perintah kawalan pergerakan) jadi dia tak boleh bekerja lebih kurang setahun (bekerja sebagai tukang urut refleksologi).


“Sekarang ni masalah saya apabila dah kerja, suami buat hutang macam-macam. Lepas tu malas kerja asyik terbaring dekat rumah dengan alasan penat. Tapi (waktu) malam keluar lepak dengan kawan (orang normal sihat),” katanya.

Selain mengabaikan tugasan sebagai ketua keluarga, wanita ini terpaksa bekerja mencari rezeki demi membantu suaminya yang culas melaksanakan tanggung jawab.

Malang bertimpa-timpa apabila dia dikatakan hampir kehilangan nyawa ketika keluar mencari rezeki dengan menghantar pesanan ditempah oleh pelanggan sambil membawa anak kecil mereka.

Lebih terkilan apabila si suami tidak mengendahkan atau berasa bimbang setelah mengetahui mengenai insiden yang hampir meragut nyawa isteri dan anak tirinya itu.

“Apabila nak bayar sewa rumah saya kena tambah. Kadang-kadang dia minta duit makan.

“Saya ni sampai kemalangan orang langgar sebab pergi kerja buat COD (cash on delivery) cari income tambahan sampai hampir tergadai nyawa.

“Tapi dia langsung tak tanya keadaan saya dan anak ketika itu,” ujarnya yang sedih dengan sikap suami.

Tambah wanita itu lagi, ikhtiarnya untuk mengajak si suami menghadiri kaunseling rumah tangga bagi menyelesaikan masalah antara mereka juga menjadi sia-sia.

Lebih malang apabila aduannya kepada keluarga si suami juga tidak berhasil apabila mereka didakwa bersikap lepas tangan.

“Sekarang ni saya dah bawa dia pergi kaunseling di pejabat agama tapi tetap perangai sama, apa perlu saya buat?

“Keluarga dia pula... selepas kami berkahwin memang ‘lepas tangan’ seolah-olah saya kena tanggung anak mereka.

“Memang tak membantu, hanya suruh saya sabar, sabar dan sabar. Kini dah dua tahun usia perkahwinan kami,” katanya lagi.

Kisah itu dikongsikan wanita tersebut menerusi Grup Kisah Rumah Tangga di Facebook hingga meraih perhatian warga maya.

Pada ruangan komen, pelbagai respons dan pendapat diberikan netizen atas dasar simpati mereka mengenangkan nasib wanita ini.

“Sebelum kahwin pastikan calon suami tu benar-benar layak untuk dibuat suami dan tak membebankan isteri. Lagi-lagi dia OKU penglihatan dan malas.

“Hantar balik rumah mak bapa dia... nak tanggung apa biawak hidup. Tu mak bapa dia lepaskan dekat sis sebab dah tahu anaknya pemalas. Harap sis dapat bezakan antara kasih sayang dan kecerdikan akal.

“Let go saja sis. OKU bukan alasan untuk dia senang-lenang.

“Kemas baju dia hantar dekat mak bapa dia. Tak padan sangat ni jenis biawak hidup,” ujar netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 24-11-2022 12:13 PM
“Memang tak membantu, hanya suruh saya sabar, sabar dan sabar. Kini dah dua tahun usia perkahwinan kami,” katanya lagi."


Asal berlaki dapat ciknek kan.... so? hadap je lah... walhal kau ada power nak belah je daripada jantan biawak macam tu.. OKU tak OKU...asal pemalas gitu memang biawak je lah.. sedap nau ke ciknek dia sampai sanggup bertahan... kau yang nak kan?
Quote lightheaded67 24-11-2022 12:35 PM
tp mcm kesian kt biawak sbb biawak pun ade juge yg kluo cari makan. heols oku penglihatan mcm laki isim zone bumi leper nasyidah inanahnaimah tu ker. kasian... ayat sheols single mother anak sorang, makna anak tu bukan anak dgn laki komodo ni kan, sheols independent tp hamak laki punye perubahan. ko je yg berubah takleh ke
Quote emera 24-11-2022 12:42 PM
Aku ingat ini kisah sohai.
Quote mamajawie 24-11-2022 12:59 PM
hmmm..kesian asalkan berlaki kekdahnya ko ni..bukan nak kutuk da la oku malas lak tu nak keje..ko tgok si sukor ibrahim lagi la oku tapi jutawan karpet..lagi dia penah citer masa kekecik hidup susah sebab fizikal dia tu tapi end up alhamdulillah boleh hidup senang..
Quote KamikuP 24-11-2022 02:37 PM
Adakah sheolls ni ni hiddup bermottokan 'Asal Berlaki' ?
Quote kakikuDibibirmu 24-11-2022 02:38 PM
Mtv3oGr_d.jpg
Quote Prickford 24-11-2022 02:39 PM
Waitttt..... dia expect apa masa setuju nak berlaki kan suami buta??? Kalau rasa nak senang lenang, kau cari jantan kerja pejabat pangkat besar sikit. Ni kau kawin dgn oku cacat penglihatan. Kau nak apa sebenarnya?
Quote nenekglamer 24-11-2022 02:52 PM
Sdgkan lelaki yg xoku pun ramai pemalas. Ko expect apa perempuan? Dont expect him to change la. You either hadap or you pulangkan lelaki tu kt family dia.
Quote Lagubestbest 24-11-2022 02:55 PM
dua2 biawak sebenarnya.
Quote rosedemon 25-11-2022 11:03 AM
spae suro kwen oku. sibuk nak berlaki hadaplah
Quote kelapaparut 25-11-2022 11:08 AM
lelaki oku penglihatan ni kdg2 kuat sex jugak tau, dieorg leh bau pompuan dr jarak jauh, bunyi cara berjln pompuan pun dia tau rupa body mcm mane. Bila buta deria lain agak sensitif, deria sex kalahkan lelaki celik dan lbh menikmati sex mcm dine in the dark gitu.
Quote Miss_LoveLeen 25-11-2022 11:54 AM
kelapaparut: lelaki oku penglihatan ni kdg2 ...
seram komen chuolss ni sistur. Pengetahuan baru ni. Meolss pun tak pernah terfikir diorang ada side mcm ni. Sebab selalu byk rasa ke arah simpati & belas bila tgk org2 gini
Quote trisnalovezul 26-11-2022 07:41 PM
Kasian ngak pernah lagi kami bela biawak hidup malah kami diberi uang..langsung ngak bercerai malah trus digilai laki msia utl dibuat isteri sedangkan wanita msia perlu kerja utk somi bagi uang..kami somi ajak melancong diberi uang,barang2 kecantikan ngak perlu kerja..

Aku ada group.satu hari 100 orang laki msia nikah sma wanita indonesia.group itu wanita indonesia nilah sma laki msia.jdi jgn trlekut ya nnti satu hari wanita indonesia lagi rmai di msia ini brbanding wanita malaysia itu sendiri.kerna kami nikah tidak akan bercerai mcm wanita malaysia nikah sma laki msia pasti akan bercerai..jadi jumlah kami akan bertmbah.anak2 kami yg akan memakmurkan malaysia.laki malaysia semua bangsa nikah sma wanita indonesia tidak kira melayu,india atau cina.jdi saingan kalian adalah kami juga.

Aku kasian sma akak ini..laki tidak berkualiti mgkin laki brkualiti semua suka wanita asing
Quote supernaturalee 26-11-2022 08:05 PM
Komen trisna spt biasa minta dikecam

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.092129 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top