CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Atikah Suhaimie Disindir Dah Cukup Kurus Sibuk Nak Diet Lagi, "Sekarang Ramai Muda-Muda Dah Sakit"

24-11-2022 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2835| Komen: 39

Description: Sering berkongsi tip menu sihat di laman sosial, pelakon Atikah Suhaime tidak terlepas daripada sindiran segelintir pihak yang menganggap bentuk badannya sudah cukup kurus untuk dia meneruskan amalan ...
Sering berkongsi tip menu sihat di laman sosial, pelakon Atikah Suhaime tidak terlepas daripada sindiran segelintir pihak yang menganggap bentuk badannya sudah cukup kurus untuk dia meneruskan amalan diet sedemikian.


Menjawab mengenai perkara tersebut, Atikah, 31, berkata perkongsiannya itu bertujuan untuk memberikan ilmu dan manfaat kepada peminatnya.

Foto: IG

"Itu hanyalah content di TikTok. Apa yang saya dapat dari personal trainer, saya kongsikan kepada orang ramai. Semoga ia memberi manfaat kepada orang ramai.





"Diet yang saya amalkan adalah untuk kehidupan yang lebih sihat. Sekarang ramai yang jatuh sakit di usia muda. Jadi kenalah lebih berhati-hati," katanya kepada mStar.



Atikah berkata demikian ketika sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Aku Seorang Perempuan yang diadakan secara atas talian pada Rabu.

Drama ini merupakan adaptasi novel tulisan Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin memaparkan perjalanan kisah peribadi penyanyi Siti Nordiana.

Dalam masa sama Atikah turut berkongsi pendapat bahawa kehadiran pelakon baharu masa kini adalah satu cabaran untuk dia terus kekal relevan dalam dunia seni.



"Saya suka melihat kehadiran lebih ramai pelakon muda sekarang ini. Malah saya sendiri suka ikut trend semasa seperti mana mereka lakukan di media sosial. Mereka mempunyai idea yang sangat kreatif.

"Melihat kehadiran mereka membuatkan saya sentiasa mahu ambil tahu supaya terus kekal relevan dalam dunia sendiri.

"Zaman sekarang ini tidak sama seperti dahulu. Kalau mereka lebih tertumpu kepada media sosial, saya pula sempat merasa menjadi penghias muka depan majalah," ujarnya.



Bercakap lakonannya dalam drama Aku Seorang Perempuan, Atikah berbesar hati apabila diberi peluang untuk membawa watak Siti Nor Aisya iaitu gambaran kepada watak Siti Nordiana.

Katanya, watak tersebut berbeza dengan mana-mana drama yang pernah dibawakan sebelum ini kerana setiap babak dan jalan cerita perlulah dilakukan secara berhati-hati agar ia dapat memberi gambaran sebenar kisah penyanyi itu.



"Kalau dalam drama lain, saya boleh buat sesuka hati. Tapi untuk watak ini perlulah berhati-hati kerana Siti Nordiana seorang yang popular dan ramai peminat. Saya takut apa yang diterjemahkan itu mungkin bukan gambaran sebenar peribadinya.

"Antara cabaran terbesar dalam drama ini ialah saya perlu menjadi seorang ibu. Ini adalah pengalaman pertama dan saya tidak biasa," jelasnya.

Aku Seorang Perempuan merupakan arahan Hashim Rejab turut menampilkan pelakon lain seperti Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi dan Hasnul Rahmat bersiaran di TV9 sejak 19 November lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 24-11-2022 03:36 PM
Makanan diet pun dah dekat ratus. baik pi makan nasi kandaq lauk sotong.
Quote darkness 24-11-2022 03:40 PM
Dia potong rahang ke..sikit nak sama muka lisa blackpink
Quote copy_paste 24-11-2022 03:43 PM
venom1 replied at 24-11-2022 03:36 PM
Makanan diet pun dah dekat ratus. baik pi makan nasi kandaq lauk sotong.

makanan sihat mmg la mahal,tapi sedap lagi makanan tak sihat hehehehe
Quote cikatilia 24-11-2022 03:56 PM
mcm kelaparan aje dia makan
ami kaje la nasi dlm 3 sudu ke kalau lapar sgt
Quote prince_marhaen 24-11-2022 04:43 PM
untung la tak banyak job pun leh ada personal trainer bagai...laki half chinese cucu founder zaitun tu tak ajak kurus sekali ke...ehehehehehe... muka she takde aura artis, macam perempuan instagram biasa je, dengan rambut serba tak kena, muka tak proportionate...salah bikin ke apa...  
Quote SalenaGomez 24-11-2022 08:53 PM
darkness: Dia potong rahang ke..sikit na ...


Baru nak ckp first pic mcm lisa…rasanya dia x buat potong rahang ni kot

Nway, comel + cantik
Quote darkness 24-11-2022 09:05 PM
SalenaGomez replied at 24-11-2022 08:53 PM
Baru nak ckp first pic mcm lisa…rasanya dia x buat potong rahang ni kot

Nway, comel + cantik ...

Mungkinlah jugak. Cuma muka dia dulu dan skg mmg lain..mata pun a bit besar
Quote TerataiMelur02 24-11-2022 09:12 PM
Dia  makan salad macam makan nasi
Quote DeLuna85 24-11-2022 09:30 PM
Masa kurus la kena jaga diet. Dah gemuk Baru ada kesedaran payah la.
Quote MarryPottet 24-11-2022 10:55 PM
Dia ada alahan yg teruk
Tak boleh makan sebarang
Pernah lalu lalang kat ig, mulut & muka dia habis bengkak sebab tersalah makan apa ntah, tak ingat
Tu antara sebab dia amalkan diet sayuran
Quote CikYaYaYa 25-11-2022 03:22 AM
makin lain mukaa dia niee
Quote red_velvet 25-11-2022 08:06 AM
Netizen dah takde keja... Dah kirang semua hari2 sumbat air  boba, coolblog, stabak, abcd, cebdol durian,  nasi kandar banjir, nasi arab sedulang, burger cheese meleleh2, ayam goreng crispy cheese,  ramen etc etc . Sakit hari pulak bila ada org lain yg prefer telan daun maun... Tikah ni kalau tengok mak dia yg badan besar tu memang ada possibility she jadi macam mak dia jugak kalau tak jaga dari sekarang.. so biarlah, asalkan dia happy apa dia buat.  Bagusler dia spread awareness n ajak follower dia diet sihat.. bukan nye promote jus kurus, jelly kurus, pil kurus aampai berak tersembur darah macam air paip macam kes yg satu tu...
Quote Diamondmoney 25-11-2022 08:30 AM
red_velvet replied at 25-11-2022 08:06 AM
Netizen dah takde keja... Dah kirang semua hari2 sumbat air  boba, coolblog, stabak, abcd, cebdol du ...

Kan. Netizen dr neraka betol suka cari salah org
Aku tgk tikah ni elok je konsi nenu diet yg sihat dan yg penting murah. Netizen jeles sb dia kurus
Quote nellyberry 25-11-2022 09:03 AM
Iols suka rupa sheols, cantik manis.
Sblm ni badan sheols naik sikit kan?
Agaknya lepas tu yg sheols start diet.
Quote yum3 25-11-2022 09:14 AM
suka tegok dia mkn. Bleh jd jadikan inspirasi sape nak kurus & sihat. Ada je dia bagi idea mknan diet yg murah & senang nak dimasak.   Bagus apa kan.. Tak  perlu kecam dia.. Aku suka dia dari awal2 blakon . Sbb cantik.  
Quote brunesss 25-11-2022 09:42 AM
memang lah tengah badan kurus dia diet, mereka ni ingat nak maintain body kurus tu tak ada effort ke jahh
Quote babelina 25-11-2022 10:24 AM
kt ofc aku nie ada sorg nie.. bila kita nk mkn nasi ker.. roti canai ker.. kemain sebok nk kira calori defisit org..
mmg dia kurus, mkn healthy food, tp ko juga la yg rajin mc.. semanjang nye mc.. meluat btl..
Quote rosedemon 25-11-2022 11:15 AM
u go girl i sokong
Quote fairy_fairy 25-11-2022 11:41 AM
Heloklah dia bagi inspirasi untuk kurus secara sihat. Iols takuttttt sangat tengok bebudak sekarang umur belasan tahun tapi badan dan muka dah serupa makcik 40an.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.079902 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top