CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dah Tunjuk Bukti, Reen Rahim Kecewa Fezrul Khan Langsung Tak Mengaku Salah Cekik Leher

24-11-2022 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1700| Komen: 6

Description: Susulan dakwaan dicekik oleh Fezrul Khan ketika sedang menjalani penggambaran sebuah filem, pelakon Reen Rahim memberitahu dia sudah menghubungi aktor berkenaan bagi menunjukkan bukti video perbuatan ...
Susulan dakwaan dicekik oleh Fezrul Khan ketika sedang menjalani penggambaran sebuah filem, pelakon Reen Rahim memberitahu dia sudah menghubungi aktor berkenaan bagi menunjukkan bukti video perbuatan kasar yang dilakukan.


Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, bagaimanapun kesal apabila Fezrul tidak mengakui kesilapan tersebut dan menganggap insiden itu sebagai sebahagian proses rakaman.


Foto: IG

"Saya kemudiannya ada mesej secara personal dan berikan video bukti menunjukkan saya memang benar-benar sakit dan bukannya ingin bersikap kurang ajar.

"Namun, dia masih tidak mengaku dan mengatakan perkara itu bukannya benar-benar berlaku. Saya sebenarnya mengharapkan selepas perbualan itu ada feedback positif daripada dia, tapi dah dia cakap macam tu, saya nak kata apa?" kepadanya kepada mStar.



Reen berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Daddyku Gangster yang diadakan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Insiden cekik itu berlaku ketika mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran filem bertajuk Batu Syaitan.

Dalam satu babak yang dilakokan, Fezrul dilihat merangkul Reen dan tindakan itu dikatakan berlebihan sehingga boleh mendatangkan kecederaan.



Mengakui kurang senang dengan apa yang terjadi, Reen secara tidak sengaja meninggikan suara sehingga menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.

"Sebenarnya sejurus selepas insiden itu saya memang ingin meminta maaf kepadanya, namun saya lihat pada waktu itu dia sedang dalam keadaan marah.

"Ketika itu memang saya hampir lost dan habis sahaja babak itu saya ada terjerit kepadanya. Terkeluarlah perangai ‘rumah’ saya macam kita bergaduh dengan adik-beradik," jelasnya.



Sementara itu, Reen berkata dia sentiasa bersikap profesional dan tidak akan menolak sekiranya perlu bekerjasama lagi dengan Fezrul.

"Kalau dia cakap tak mahu berlakon dengan saya lagi, apa yang boleh saya cakap? Tapi, saya okay sahaja sekiranya perlu bergandingannya dengannya nanti.

"Saya juga tidak ada masalah untuk bersama-sama mempromosikan filem kami itu nanti," jelasnya.



Sebelum ini, Reen meluahkan rasa kesal kerana dicekik oleh seorang pelakon senior ketika menjalani penggambaran sebuah filem.

Bagaimanapun, Fezrul menafikan dia mencekik Reen dan menegaskan untuk tidak lagi berlakon bersama aktres itu kerana baginya pelakon perlu berlakon dengan jujur bukan semata-mata untuk mengejar glamor. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-11-2022 04:45 PM
acik forum ramai yg rela dicekik si pezrul



Quote cmf_premierleag 24-11-2022 04:55 PM
Akak ofer diri utk dicekik fezrul khan
Quote TabletSusu 24-11-2022 05:03 PM
dulu EF pernah kena tampar betul2 dgn kartina aziz kan? eh.. lupa aku.. rs betul kartina aziz jd datin masa tu
Quote wirazam 24-11-2022 07:16 PM
Camana leh putih
Quote CariMalay 24-11-2022 09:25 PM
Fezrul ni cam ada simpan dendam dengan Reen, so dia cekik Reen untuk lepaskan dendam tu. Mungkin dia meluat dan rasa Reen ni gedik, manja, fake kat lokasi penggambaran atau kat media sosial atau kat mana2 sekalipun, atau mungkin Reen pernah tolak cinta dia atau cemburu bila Reen terlalu rapat dengan mana2 lelaki
Quote rosedemon 25-11-2022 11:15 AM
lantak kola dua2 aku meluat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.100034 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top