Niezam Zaidi memberitahu sedang mendalami ilmu agama selepas terpalit dengan kes penyalahgunaan dadah pada Oktober tahun lalu.
Niezam atau Muhammad Niezam Mohd Zaidi, 30, berkata, dia juga bergiat aktif menyertai kumpulan tabligh sekiranya mempunyai masa lapang bagi mendekatkan diri dengan Allah. "Sebelum ini ada kumpulan tabligh daripada Bangladesh yang datang ke kampung saya untuk menyertai mereka. "Cara mereka membuatkan hati saya tersentuh dan mengambil keputusan menyertai mereka apabila mempunyai waktu terluang.
"Bagaimanapun saya tidak mahu terlalu ekstrim sehingga membuatkan orang salah faham. Maklum sahaja saya berada dalam industri hiburan tetapi pada masa sama saya mahu berubah ke arah kebaikan," katanya kepada mStar.
|
"Sebelum ini ada kumpulan tabligh daripada Bangladesh yang datang ke kampung saya untuk menyertai mereka.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
25-3-2023 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.083203 second(s), 35 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.