CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

'TV Hiburan Malaysia Buat Lagi!' - Pengarah Muzik Seberang Tak Berkenan Cara Mas Idayu

24-1-2023 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2602| Komen: 28

Description: Pengarah muzik dan penerbit, Aubrey Suwito berpendapat ada cara lain untuk menegur artis yang menyertai program televisyen berbentuk pertandingan.Jelas Aubrey, budaya memarahi artis secara langsung ak ...
Pengarah muzik dan penerbit, Aubrey Suwito berpendapat ada cara lain untuk menegur artis yang menyertai program televisyen berbentuk pertandingan.

Jelas Aubrey, budaya memarahi artis secara langsung akan menjatuhkan air muka dan perlu dihentikan segera.



"Secara peribadi, saya rasa ‘on-air humiliation’ perlu dihentikan. Nak marah, pergi ke bilik persalinan dia selepas habis persembahan.

"Kepada semua artis yang pernah dikritik di kaca TV, tabahlah! Terus menjadi diri sendiri. Berusaha perbaiki diri tetapi kekal dengan kekuatan dan gaya muzik anda," ciapnya di Twitter.

Tambah Aubrey lagi, penyanyi tidak seharusnya ditekan untuk menjadi versatil namun sepatutnya diberikan ruang untuk membina identiti diri dan bakat sendiri.

"Genre muzik berbeza. Ia memerlukan kekuatan, gaya dan bakat yang berbeza. Adakah anda menjangkakan seorang pemain bola sepak juga akan menjadi pemain tenis dan hoki yang hebat?


"Tetapi di sini, setiap minggu stesen televisyen mengharapkan artis untuk menjadi versatil, dan mencabar mereka menyanyi setiap genre yang wujud dan mengharapkan persembahan terbaik. Kalau Blackpink di sini, kita mungkin akan menjangkakan mereka menyanyi lagu asli satu hari nanti," tulisnya.



Justeru, nasihat Aubrey lagi masyarakat harus menukar fokus kepada kekuatan dan keunikan artis dan bukannya mahu mengaibkan mereka.

Kecoh baru-baru ini apabila penyanyi Sissy Iman dan Naim Daniel yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh juri tetap selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dolmat 24-1-2023 06:26 PM
Edited by Dolmat at 25-1-2023 01:15 PM

Seriouslyyyyy I is cannot tengok Mas Idayu terpekik2 nak tunjuk garang tak bertempat macam Aku nak rejammmmmmmm aje selipar jambannnn ke mulut Bibir dia yg cebikkkkjk tu!
Quote PanadolExtend 24-1-2023 06:42 PM
Iols dah dgr sissy nyanyi. Mmg hauk. Tone suara tak kene dgn keroncong. Tapi nek kebayan tu over nawww terpekik2. Ko suruh dia sendiri nyanyi keroncong kite dgr ramai2
Quote ezacbee 24-1-2023 06:47 PM
Memang xsedap pun dia nyanyi. Tu yg juri meroyan.
Quote che-cikL 24-1-2023 06:58 PM
Bila masa Aubrey org seberang?
Quote phalanx 24-1-2023 07:07 PM
aubrey suwito orang melaka hawauuuu. editor cari level apa laaa ni
Quote lilcountess 24-1-2023 07:12 PM
mcm ni punya ignorant pun jadi reporter bod gosip cari ke? sbb nama aja terus anggap org seberang? aubrey suwito bukan level biasa-biasa. takkan tak kenal?
Quote che-cikL 24-1-2023 07:16 PM
Edited by che-cikL at 24-1-2023 07:20 PM

Budak2 penCarisampah ni bodoh2 belaka, belum kira admins dgn moderators lagi
Quote Rhyno 25-1-2023 01:44 AM
Pengarah muzik seberang kepala lutut kau CARI-MAL.
Quote hzln 25-1-2023 02:38 AM
Editor cari yg dlm kelas tersendiri
Kelas budak paling belakang

Quote dudaberhias 25-1-2023 02:41 AM
hzln replied at 25-1-2023 02:38 AM
Editor cari yg dlm kelas tersendiri
Kelas budak paling belakang

entah2 bukan dalam kelas pun... rupanya dalam kandang perangai macam mintak perhilitan kutip jah... entah2 selama ni berox yang buka thread bukannya manusia
Quote winky1 25-1-2023 03:09 AM
phalanx replied at 24-1-2023 07:07 PM
aubrey suwito orang melaka hawauuuu. editor cari level apa laaa ni

Hahaha saja jer buat headline camtu
Quote dubuk 25-1-2023 04:20 AM
kepala lututtttt
Quote Perawankota 25-1-2023 05:37 AM
Bila lah si Aubrey ni orang seberang.. Adoi
Quote Wayree 25-1-2023 07:03 AM
Nama je seberang nyahMeolz atujuk gn aubrey nih.. Meolz brhnti tgk rncgn realiti hiburan tv3 bcoz nihlah. Nk jd versatil mmksa psrta haukkn lgu dgn brmcm genrekekalkn ajelah lagu mcm biasa.  Knkonon kelainan tp tk sedap pn pserta nynyi  lg haukkn lagu adalee..pas tuh mummy terpekikzz..pleaselah 2023 kot
Quote babelina 25-1-2023 10:48 AM
tp lagi malu kna komen kt GV sbb semua penyanyi professional yg dh lama dlm bidang hiburan.. rasa bodo sgt kna kritik ngn bunda bundi tu.. hahaha
Quote akuHavocczz 25-1-2023 11:07 AM
babelina replied at 25-1-2023 10:48 AM
tp lagi malu kna komen kt GV sbb semua penyanyi professional yg dh lama dlm bidang hiburan.. rasa bo ...

Ni iols setuju.. bertahun tahun kau nyanyi camtu. Tiba tiba di hujung karier, orang suruh kau tukar cara nyanyian. Memang tak make sense. Lepas GV mesti nyanyi balik yang depa selalu nyanyi
Quote lasagna 25-1-2023 11:19 AM
aubrey sowito lahir kat Melaka dik non, apak dia yg chinese indonesian.. so Aubrey anak Msia yaa.. dah kenapa kata org seberang ni? akk konpius dik non.
Quote dekmieDandy 25-1-2023 11:23 AM
dahla rengsek tengoh hos, tambah rengsek tengok mummy monster tu

lagi baik tengok all together now
Quote BoongaKertas 25-1-2023 12:54 PM
ramai ckp sheols nyanyi x best tp bg meols, prinsip dia senang. "matlamat tak halalkan cara". tho dia nyanyi teruk sekalipun, tak perlu sampai aibkan dia on national tv. mujur meols mmg x suka tgk rancangan tu.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.092333 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top