CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Danny X- Factor Sentap Ditanya 'Dah Tak Berlakon Ke' Masa Jadi Pemandu E-Hailing

24-1-2023 09:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2169| Komen: 32

Description: "Kenapa nak malu? Bukan saya buat kerja yang tidak halal, kan? Lagipun, kepada yang bercakap buruk tu, awak ke yang beri duit untuk bayar bil bulanan saya?"Itu kata pelakon dan penyanyi, Danny X- Fact ...
"Kenapa nak malu? Bukan saya buat kerja yang tidak halal, kan? Lagipun, kepada yang bercakap buruk tu, awak ke yang beri duit untuk bayar bil bulanan saya?"

Itu kata pelakon dan penyanyi, Danny X- Factor, 42, yang tidak malu menjadi pemandu e-hailing, malah menganggap pekerjaan itu yang menjadi penyelamatnya ketika pandemik Covid-19 lalu.




Danny berkata, dia yang kini lebih aktif bekerja di balik tabir sebagai pembantu penerbit mengakui seronok menjadi pemandu e-hailing kerana pekerjaan itu lebih menyenangkan hati.

"Ada yang apabila masuk kereta bertanya, kau sudah tidak berlakon ke? Atau kau dah tiada tawaran dah ke? Itu adalah antara soalan yang membuatkan saya terasa. Apa salahnya kan? Janji dapat menyara keluarga saya pada ketika itu.

"Sebenarnya, saya bekerja pemandu e-hailing sejak 2017. Inilah juga kerja yang menyelamatkan saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Malah, isteri saya yang bekerja sebagai pramugari tidak 'terbang', jadi gaji pun tiada.


"Di situlah, kerja sebagai pemandu e-hailing banyak membantu saya. Kalau diikutkan, pendapatannya lebih lumayan daripada kerjaya seni. Malah, saya juga menyusun pergerakan bagi melangsaikan bil yang perlu dibayar setiap bulan," katanya.

Danny atau nama sebenarnya, Mohd Kardanie Anwa pernah mencipta kemasyhuran bersama kumpulan X-Factor yang turut dianggotai Fendi, Zack, Shah dan Ivarn.

Selain drama Sehangat Api, 7251364 dan Tak Sanggup, Danny turut membintangi filem Seri Dewi Malam, Idola, No Problem, KL Menjerit dan banyak lagi.


IG

"Saya kini lebih selesa bergerak belakang tabir dan membiarkan wajah-wajah baru untuk ke depan. Mungkin kerana itu juga sudah lama saya tidak dilihat di kaca televisyen.

"Namun, itu tidak bermakna saya tidak akan menerima sebarang tawaran berlakon. Insya-Allah kalau ada tawaran yang bersesuaian dan masa lapang saya akan terus berlakon," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 25-1-2023 12:26 AM
Xde org kome ke thread ni hahahahah
I dolu2 masa skolah form 2 minat gila dg mamat ni. Skrg tidak lagikkkk kahkahkahkah..
Quote Whitney72 25-1-2023 12:30 AM
Baru 42 thn tp dh nmpk sgt tuanya...masa muda hensem bangat..tp katanya dia ni kuat merokok..tu mgkin nmpk lbh tua dr umornya
Quote Msblackpepper 25-1-2023 12:47 AM
Dzahin_poch replied at 25-1-2023 12:26 AM
Xde org kome ke thread ni hahahahah
I dolu2 masa skolah form 2 minat gila dg mamat ni. Skrg tidak la ...

Mesti masa tu u ada try call nombor 725 tu kan?
Quote Dolmat 25-1-2023 01:01 AM
Takpe Dannyyyyy yg penting mencari rezeki halal biarpun kerja driver ehailing....
Quote ohsoyaya 25-1-2023 04:07 AM
I bru je search lagu2 x-factor kt yt terus keluar nama dia. Masa diorg baru lg dlm industri iols pnh jumpa diorg sbb ofis my mom pnggil diorg perform masa open house ofis. Mmg herlok sgt & very friendly. Kenalkan diri pun as adik2 KRU
Quote babynina30 25-1-2023 06:21 AM
Abe Kardanie ni bRu 42 yo ?
Nape dlu i rasa mcm jauhhh gila age gap ?
Mmg dia born 1979 kn
Quote debab_78 25-1-2023 07:45 AM
aku teringin sangat nak tgk kumpulan x-factor ni masuk GV. Nak tgk sorang2 mcmne skrg ni.. diaorg mmg jenis hilang terus dari radar pas pencen dunia hiburan.

Danny, fendi, shah, zach, ivan
Quote nurul_akmar 25-1-2023 08:04 AM
yg hensem berkulit putih ni mmg xboleh gemok..mmg nmpk ketara sgt..
Quote Burong_Hantuk 25-1-2023 08:36 AM
at least dia x mintak sedekah @ memintak mcm retis2 yg lain
Quote alien88 25-1-2023 09:18 AM
ok la tu, heols jadi pemandu e-hailing, sekurang2 ada sumber pendapatan yg halal
go Danny.. ku cuba 7251364, eh, haha
Quote TomyamPuteh 25-1-2023 09:21 AM
Umo 42 pun nk sentap lagi?Lain la umo 24.
Quote KamikuP 25-1-2023 10:55 AM
Masa kawan meolls kawen tahun 2005, salah sorang ahli kumpulan ni si Ivarn tu jadi jurufoto tapi dah lama la.. mesti dah gundu mace abe Kadanie Anwa ini khuenzz
Quote vanillaninja 25-1-2023 11:30 AM
Kenapa heols nampak begitu kertu. Padahal baru 42. Wife heols masih kerja stewardess kah?
Quote prince_marhaen 25-1-2023 11:35 AM
bauuunggg buddu kuat ngat dengan slang skjp tak cuba nak kontrol...susah dapat watak banyak dialong.. tengok Zach tu merata je job daripada dulu-sekarang... lagipun heshe badan yo-yo kejap kembang kejap kuncup...tak jaga sangat kan..skrg je baru jaga, tu pun merentan kat tiktok dah kurus takde job jugak... walhal sebab muka dah tua sangat..nampak kurus drastik nampak tak fit..
Quote spy_caridotdot 25-1-2023 12:04 PM
Aku kenal dia dgn sprang lagi si capik je.
Quote orkidorkido 25-1-2023 01:13 PM
Takpelah bawa grab pun, pendapatan halal. Manusia memang pelik kadang-kadang, orang buat kerja elok pun nak menyibuk tak kena tempat. You do you la danny.
Quote cikperiukkera 25-1-2023 01:20 PM
Dulu2 heshe ni la izzue isleyyy di zaman kemasyuran dorg..
Quote acik79 25-1-2023 03:05 PM
Abaikan apa org cakap… asalkan keluarga ko ada makanan atas meja hari2… bil2 semua boleh bayar… bersyukur seadanya… in shaa Allah Allah bg lebih berganda2 lepas ni.
Quote Abc246 25-1-2023 08:49 PM
Yang tanya tu memang tak ada common sense ke. Jenis tak pandai nak jaga hati orang

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.182148 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top