Aktres senior Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin yang sudah hampir lapan tahun tidak bergiat aktif dalam bidang seni mendedahkan keputusan itu bukanlah disebabkan merajuk. Menerusi Gempak, wanita itu mengundurkan diri seketika dan berehat dari karier seni untuk memberikankan fokus kepada anak, pengajian Al-Quran serta perniagaan sambal miliknya.
"Tiada istilah merajuk kerana saya sendiri buat keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat kerana mahu memberikan fokus kepada anak saya yang memasuki tingkatan tiga. "Saya tolak tawaran berlakon kerana fokus saya ketika ini menang kepada anak dan pengajian saya. Alhamdulillah, minggu lepas saya baru sahaja grad dalam pengajian Al-Quran dan Tajwid selama enam tahun. "Selama tujuh tahun dan masuk tahun kelapan tidak berlakon, saya menguruskan rumah tangga dan pengajian serta perniagaan," katanya.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
30-3-2023 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053131 second(s), 23 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.