CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tawaran Kerja Di Indonesia, Uyaina Letak Syarat Bawa Anak

18-3-2023 02:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 265| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Pengacara,Uyaina Arshad mengaku cahaya mata sulung, Raja Urhan Raja Azhanrianshah yang berusia enam bulan, bagai nyawa sendiri.Enggan berjauhan, Uyaina sanggup menolak tawaran lumayan daripada sebuah ...
Pengacara, Uyaina Arshad mengaku cahaya mata sulung, Raja Urhan Raja Azhanrianshah yang berusia enam bulan, bagai nyawa sendiri.

Enggan berjauhan, Uyaina sanggup menolak tawaran lumayan daripada sebuah stesen televisyen (TV) di Indonesia jika buah hati pengarang jantungnya itu tidak dibenarkan dibawa bersama sepanjang menjayakan projek terbabit di sana.

Pengacara program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 ini mengaku menerima beberapa tawaran mengendalikan program TV di seberang, namun, selagi belum ada hitam putih, dia tidak berani mengesahkannya.



"Suami tidak dapat turut serta kerana terikat dengan kerja. Jika usaha sama itu menjadi kenyataan, saya sudah berbincang dengan suami untuk membawa Urhan.

"Dia nyawa saya, jika tidak dapat bawa bersama, saya tidak akan pergi. Lagipun, saya sudah letakkan syarat kepada stesen TV terbabit.

"Jika ada situasi yang tidak membenarkan perkara itu (bawa anak bersama), tidak mengapa. Saya akan fikir perkara lain yang boleh dibuat," katanya ditemui pada pertunjukan fesyen Ariani Layar Raya 2023, baru-baru ini.


Sejak pandemik COVID-19 dunia tiga tahun lalu, kerjaya Uyaina di Indonesia terhenti.

Sebelum ini, Juara Puteri Muslimah Asia 2018 ini pernah mendapat kepercayaan mengendalikan program Dangdut Academy Asia untuk saluran Indo Siar.

Uyaina mengaku seronok dapat menonjolkan sisi berbeza dalam bidang pengacaraan di mana peluang sedemikian tidak diperoleh di Malaysia.

"Saya masih menanti diberi peluang mengendalikan program berbeza, bukan ilmiah sahaja.

"Tetapi di Indonesia, mereka tahu apa yang boleh saya lakukan dan bagaimana hendak menggunakan saya.

"Walaupun saya bertudung, bukan gila-gila dan tidak lawak, mereka tetap beri kepercayaan kepada saya mengendalikan program dangdut," katanya.


Uyaina tidak kisah untuk berulang alik ke Jakarta saban minggu jika tawaran stesen TV terbabit dipersetujui.

Malah, Uyaina tidak menganggap beban walaupun terpaksa membawa anak bersama.


Sumber: BH Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-3-2023 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048049 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top