CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Harga telur di Jepun melambung tinggi

19-3-2023 09:18 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 231| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Hargatelur di Jepun melam­bung tinggi ketika musim selesema burung yang menyaksikan 16 juta ayam akan dihapuskan, lapor portal berita Kyodo kelmarin.Keadaan itu memberi kesan kepada restoran dan isi ...
Harga telur di Jepun melam­bung tinggi ketika musim selesema burung yang menyaksikan 16 juta ayam akan dihapuskan, lapor portal berita Kyodo kelmarin. 

Keadaan itu memberi kesan kepada restoran dan isi rumah yang bergelut dengan masalah inflasi.

Ayam telur membentuk lebih 90 peratus ternakan unggas yang berada dalam senarai penghapusan, kata Kementerian Pertanian Jepun. Situasi itu menyebabkan bekalan telur terhad dan harga­nya pula melambung tingi.

Wabak selesema burung me­rebak pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini sejak bermula pada Oktober tahun lalu, dengan sekurang-kurangnya 80 kes di kesan di ladang ternakan ayam di 26 daripada 47 wilayah Jepun.


Setakat 2 Mac lalu, harga borong untuk satu kilogram telur saiz sederhana di Tokyo ialah 335 yen (RM11.40) iaitu tertinggi sejak tahun 1993, demikian menurut syarikat jualan telur tempatan, JA.Z-Tamago Co.

Kebimbangan tentang keku­rangan bekalan telur semakin me­ningkat, manakala banyak restoran tidak menawarkan hidangan berasaskan telur.

Kerajaan menjangkakan masa sekurang-kurangnya enam bulan diperlukan untuk bekalan telur pulih semula.

Sebaik sahaja kes selesema burung disahkan di sesebuah ladang ternakan ayam, semua unggas di situ akan dihapuskan dan kemudahan tersebut dibersihkan, diikuti dengan langkah kuarantin. Ia mengambil masa antara tiga hingga tujuh bulan untuk ladang terbabit kembali menternak ayam seperti biasa.

“Kerja-kerja menyambung semula penternakan ayam sudah dijalankan dan (pengeluaran) harus aktif semula pada awal musim bunga,” kata seorang pegawai Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun.

“Namun, ia akan mengambil sedikit masa untuk pulih kerana ladang ternakan ayam tidak dapat kembali kepada kapasiti 100 peratus serta-merta,” tambahnya.


Sumber: KOSMO! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-9-2023 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054144 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top