Rancak menerima tawaran dalam beberapa program rancangan popular, Izzue Islam bagaimanapun mengaku masih menimba ilmu dalam bidang pengacaraan. Pelakon dan pengacara dengan nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, berkata, dia mula menerima tawaran untuk terlibat dalam bidang pengacaraan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Namun, peluang itu diambil kerana pada ketika itu tawaran kerja semakin berkurangan dan bidang hosting tersebut hanya dilakukan secara atas talian (online) sahaja. “Untuk masa sekarang memang izzue lebihkan tawaran untuk menjadi host sebab , Izzue pun tak tahu macam mana orang nampak saya ni boleh. “Sebenarnya benda ni start daripada PKP lagi. So tak kerja kan? Jadi adalah beberapa program-program yang online panggil Izzue jadi hos tak sangka pula dia membawa pula sampai habis PKP sampai orang nampak saya punya bakat kat situ sampailah sekarang ni.
“Jadi kalau tanya, sekarang ni memang saya akan lebihkan tawaran hosting dulu. Kalau yang mana dapat tawaran hosting dulu dengan berlakon, saya akan terima hosting dulu.Tapi kalau lakonan datang dulu memang kena utamakan lakonan juga lah,” katanya ketika ditemui pada sidang media program I Can See Your Voice Musim Ke-6 yang diadakan di Cornerstone IPC, Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Izzue memaklumkan, dia tidak mengambil sebarang kelas untuk memperbaiki skil pengacaraan, malah menjadikan Datuk Aznil Nawawi, Jihan Muse, Awal Ashaari, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai sumber rujukan. Bahkan, tahun ini sahaja dia menerima tawaran untuk menjadi hos lebih banyak daripada menerima tawaran lakonan sekali gus menganggap ini adalah peluang terbaik untuknya membiasakan diri dan mencungkil skil yang ada. “Sebenarnya itulah dia, untuk tahun ini saya memang kurangkan lakonan dan banyak ambil hosting sebab nak perbaiki mana yang patut. “Sebab kalau kita just ambil je tawaran sampi tak tahu nak buat yang mana sampai bila nak improve kan? Sebab benda ni skill dan praktikal. Kena biasakan diri bercakap, dan kena ada input untuk mana-mana yang berkenaan. “Untuk sebarang kelas memang tak ada ambil, cuma saya banyak tengok Pak Nil, Awal Ashaari, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan terkini macam Kak Lina sebagai rujukan saya,” jelasnya. Sekadar info, Izzue akan bergandingan bersama Shiha Zikir sebagai pengacara untuk ICSYVM6 yang akan mula bersiaran pada 4 Jun 2023, jam 9 malam di TV3. ICSYVM6 musim kali ini juga dijangka lebih meriah kerana menggabungkan barisan panel penyiasat tetap yang lebih menghiburkan seperti Ropie, Jihan Muse, Baby Shima dan Khir Rahman. Manakala, penyiasat undangan yang akan menghangatkan suasana adalah, Maryam Younarae, Cik B, Joey Daud, Sweet Qismina, Bell Ngasri, Mek Yun, Fizi Ali, Roy Azman dan ramai lagi. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
3-6-2023 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070280 second(s), 35 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.