Wak Doyok tampil membidas kenyataan suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang gara-gara didakwa menghina orang yang memandu kereta biasa. Di Instagram Story, Aliff atau Opai menganjurkan acara pertunjukkan 100 buah kereta ‘supercars’ di Pavillion, Kuala Lumpur.
Di dalam video tersebut, Opai memberitahu kereta jenis Mustang tidak terkecuali di dalam senarai ‘supercar’ dan memperlekehkan beberapa jenis kereta lain. “Mustang dikecualikan. Bila kita sebut supercar, Mustang bukan dalam kategori supercar. Mustang, kereta-kereta AMG (Mercedes), Honda pekak tu semua bukan eh. “Paling bangang pun GTR. Itu entry level,” jelasnya.
Selain itu, Opai juga seakan-akan menghina pemandu kereta yang membawa kereta selain kereta ‘supercars’. “Status tu! Ada la dua tiga kereta nak masuk tadi, kita dah halau, kita dah halang. Jangan bawak najis dekat sini! Tadi ada dua biji FK8R (kereta jenis Honda), kita kata ‘Woi, jangan hina kami!,” ujar Opai. Tidak berdiam diri, Wak Doyok menjelaskan bahawa kereta jenis Mustang merupakan kereta ‘sports car’ dan mempersoalkan kenyataan Opai yang berbaur penghinaan.
|
Tunan replied at 2-6-2023 08:35 PM
Dia serius ke dia belakon .. utk content je
Tak fhm la zaman skrg mana 1 betul mna 1 belakon
acik79 replied at 2-6-2023 06:49 PM
Pada aku spuercar adalah van jenazah… semua golongan manusia dia boleh bawa… tak kira la ko kaya k ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-9-2023 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.085168 second(s), 49 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.