Personaliti Fazura memberitahu, sempena menyambut ulang tahun ke-40 pada 27 September ini dia bakal melancarkan single duet bersama penyanyi dan komposer hebat Indonesia, Ahmad Dhani menerusi lagu Jika Cinta Allah.
Fazura berkata, lagu yang pernah dipopularkan Ahmad Dhani itu mempunyai makna mendalam. "Ketika saya mendengar lagu ini kali pertama, saya terus jatuh cinta dengan lirik dan melodi lagu ini kerana begitu dekat di hati saya. "Tambah pula sekarang ini ramai mengalami tekanan hidup atau kebimbangan teruk. Saya kalau memandu kereta pun nak dengar lagu yang memberi semangat, saya tak nak dengar lagu yang buat kita lagi murung. "Jadi, saya terus berjumpa dengan beliau dan beritahu keindahan lagu ini. Beliau terus bertanya sama ada saya mahu lagu baru atau berminat membuat 'cover' (nyanyian semula) lagu ini. "Saya cakap kita yanyikan semula lagu ini saja. Apa yang lebih menarik, beliau sanggup mengubah semula tempo dan susunan lagu ini. Beliau buat istimewa untuk saya," katanya.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
2-10-2023 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048417 second(s), 21 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.