Perubahan pada wajah penyanyi Nadeera Zaini mencuri perhatian ramai sehingga ada yang menyangka dia melakukan pembedahan plastik bagi mengubah penampilan. Menafikan perkara tersebut, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, bagaimanapun memberitahu perubahan tersebut kemungkinan disebabkan penurunan berat badannya sekarang ini.
Dalam masa sama, dia juga sedar netizen boleh membuat sebarang tanggapan apabila mula melihat perbezaan pada penampilannya kini. "Saya tak pernah buat muka (pembedahan plastik). Mungkin sebab berat badan saya dah turun, jadi ada nampak beza sedikit pada wajah. "Muka saya sama sahaja, cuma mungkin sekarang bahagian pipi nampak kecil sedikit. "Saya tak boleh nak tutup mulut orang dari terus bercakap. Mereka boleh bandingkan gambar saya dahulu dan sekarang untuk lihat adakah benar saya buat pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
2-10-2023 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061908 second(s), 28 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.